Mungkin ada pelajar yang masih tidak mengetahui akan apa itu kawat kaki dan kawat kaki untuk apa?
Kawat kaki adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa. Aktiviti ini memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukannya. Kawat kaki ini harus dilakukan dengan jumlah yang ramai, setiap tahun semua kadet akan diuji untuk melihat kerjasama antara ahli kumpulan untuk melakukan pergerakan yang seragam.
Di dalam barisan, semua orang tidak boleh bercakap atau pun bergerak dengan sesuka hati sesama di dalam keadaan sedia. Ini adalah satu peraturan yang akan menguji tahap disiplin dan daya tahan diri seseorang kadet. Jika pegawai atasan memberi salam semasa kadet di dalam keadaan sedia, kadet mestilah " senang diri " dahulu baru boleh menjawab. Ini mesti dilakukan secara kemas dan teratur kerana ia adalah procedure yang sangat penting.
assalamualaikum...sy ambil post awk yg ni utk assignment kawad kaki.terima kasih..mohon halal
ReplyDelete