Selamat Datang

Jika sesiapa berminat untuk mempelajari berkawat kaki secara mendalam, boleh lah rujuk blog saya.

Thursday, 16 June 2011

Maksud Kawat Kaki dan Adab Berkawat.

Mungkin ada pelajar yang masih tidak mengetahui akan apa itu kawat kaki dan kawat kaki untuk apa?
Kawat kaki adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa. Aktiviti ini memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukannya. Kawat kaki ini harus dilakukan dengan jumlah yang ramai, setiap tahun semua kadet akan diuji untuk melihat kerjasama antara ahli kumpulan untuk melakukan pergerakan yang seragam.


Di dalam barisan, semua orang tidak boleh bercakap atau pun bergerak dengan sesuka hati sesama di dalam keadaan sedia. Ini adalah satu peraturan yang akan menguji tahap disiplin dan daya tahan diri seseorang kadet. Jika pegawai atasan memberi salam semasa kadet di dalam keadaan sedia, kadet mestilah " senang diri " dahulu baru boleh menjawab. Ini mesti dilakukan secara kemas dan teratur kerana ia adalah procedure yang sangat penting. 



Pengenalan Diri

Aku Muhammad Fikri Bin Othman. Selaku Pelapis Ketua Kadet Bomba SMK Tinggi Melaka pada tahun hadapan, aku ingin menyampaikan beberapa ilmu tentang kawat kaki. Kalian boleh panggil aku atok. Mungkin beberapa orang yang telah salah anggap kenapa aku dipanggil sedemikian. Abang aku, Muhammad Khairy Bin Othman adalah bekas Ketua Kadet Bersatu Malaysia,sebenarnya beliau telah diberi gelaran " Atok " oleh ramai orang. Aku difahamkan kenapa beliau diberi gelaran tersebut oleh kerana sikap beliau yang tegas dan bertanggungjawab. Jadi aku sebagai adik kepada khairy othman, dengan rasminya digelar sebagai " Atok ".